Posted by myDungun
Setelah hampir 1 bulan, portal myDungun akhirnya telah selesai disetup secara berperingkat-peringkat dan kini bolehlah dikatakan berfungsi 98% tanpa sebarang masalah. Masalah “bug” pada forum setakat ini telah berjaya di atasi. Masalah tema pun sudah selesai diconvert sepenuhnya kepada versi Platinum 7.6.b.4v2. Genesis ini.
Kini beralih kepada proses “alih bahasa” kepada Bahasa Melayu sepenuhnya sedang dilakukan. Setakat ini baru 20% telah siap.
Pihak admin, masih lagi belum membuat sebarang promosi tentang portal myDungunini.
Ini pula maklumat mengenai server myDungun.
NetLynx Solutions www.mercumaya.net
Pakej : MercuBiz Size M
Strorage : 30GB
Bandwith : 60GB permonth

Posted by myDungun
Lupa untuk maklumkan.. portal myDungun yang baru ini menggunakan perkhidmatan webhosting dari Netlynx Solution
www.mercumaya.net
Posted by myDungun
Akhirnya portal baru myDungundibuka kepada umum mulai hari ini. Ianya 1 hari lebih awal daripada yang dijanjikan. Namun begitu proses alih bahasa kepada Bahasa Melayu masih lagi belum siap sepenuhnya. Ianya akan dilakukan dari masa kesemasa dan ianya tidak akan mengganggu penggunaan portal
Jom sertai “Suatu Komuniti” yang hebat ini.
TAHUKAH ANDA? myDungun merupakan portal yang pertama di Malaysia menggunakan Phpnuke Platinum 7.6.b.4v2. Genesis
Posted by myDungun
Demi memberikan kepuasan dan khidmat yang terbaik untuk ahli-ahli myDungun. Kini myDungun telah menggunakan Perkhidmatan Google Apps untuk menggabungkan webmail.mydungun.net
Oleh itu, kepada ahli myDungun yang berminat untuk mendapatkan email percuma domain mydungun.net dengan 6876 MB ruang simpanan perlulah membuat permohonan kepada myDungun. Caranya….akan dimaklumkan di dalam portal myDungun yang akan dibuka semula pada 3.07.08 itu nanti.
Contoh paparan antaramuka email myDungun dengan 6876 MB mydungun@mydungun.net
Posted by myDungun
myDungun bukan lagi satu nama yang tidak memberi sebarang erti sebagaimana sebelum ini. Kini myDungun akan memulakan langkah memasuki arena perniagaan sedikit masa nanti. myDungun kini menjadi suatu trademark kepada myDungun Enterprise ( TR0070617-X ).
myDungun Enterprise telah didaftarkan sebagai sebuah syarikat enterprise dan kini myDungun mendapat kebenaran/lesen :
- Pengiklanan dan Jualan Melalui Internet
- Webhosting
- Pembangunan Laman Web
- Pembangunan Sistem Komputer
- Pembangunan Sistem Rangkaian Komputer
- Siber Kafe
- Video dan Fotografi
- (dan beberapa perkara yang tidak berkaitan dengan multimedia dan perkomputeran)
Mana tahu myDungun Enterprise akan berkembang menjadi myDungun Sdn Bhd…myDungun Corporation dan anda semua boleh menjadi pemegang saham.
Kalau tidak dipecahkan ruyung..manakan dapat sagunya.
Posted by myDungun
Saturday, 28. June 2008, 07:22:23 Artikel asal di : http://my.opera.com/mydungun
myDungun sekarang dalam proses menukarkan format lebih dari 3000 koleksi lagu-lagu berbentuk MPEG-Layer3 (*mp3) kepada bentuk Real Media (*.rm). Ianya termasuklah koleksi peribadi dan juga dari sumber internet.
Kesemuanya akan di muatnaik kedalam portal myDungun versi baru itu nanti. Tunggu..
Mengapa myDungun menukar kepada format *.rm?
Saiz failnya akan menjadi kecil..secara tidak langsung ianya mengurang space yang akan digunakan pada server myDungun disamping itu, ahli-ahli myDungun nanti akan dapat memuatturun lagu-lagu pilihan mereka dengan cepat.
Perbezaan antara saiz sesebuah lagu format mp3 dan rm adalah begitu ketara,hampir 80%.
Contoh :
lagu_melayu.mp3 yang bersaiz 5MB
ditukar format
lagu_melayu.mp3 hanya bersaiz sekitar 0.7MB - 0.8MB sahaja.
Kualiti bunyinya berkurangan sekadar 90% daripada mp3. Namun sekiranya anda memainkannya pada pemain rm yang baik..kualiti bunyinya hampir menyamai mp3.
myDungun menyarankan anda semua yang akan memuatturun koleksi lagu-lagu itu nanti mendapatkan Jet Audio
Dapatkan pemain audio serbaboleh ini di sini http://www.cowonamerica.com/products/jetaudio/

Posted by myDungun
Sunday, 22. June 2008, 05:44:03 Artikel asal di : http://my.opera.com/mydungun
myDungun mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka-mereka yang sudi membantu pembangunan semula portal myDungun dalam apa jua bentuk samada dari segi idea, konsep, media dan juga wang ringgit.
Senarai Sumbangan Wang Tunai
INDIVIDU
- Tohai
- Zamanshah
- Babyfa
- Nurhidayah Hashim
- Pelajar-Pelajar SMK Tengku Intan Zaharah
- (tiada nama)
- Asparizan Binti Mohammad
- ROCK
- AOEM
- Farid
Eyan
- Comel
- Nor Syuhada
- Noryuyue Ali
- Ahmad Faruk Mohammad
SYARIKAT
- Puncak Dungun Enterprise
- Sura Jetty Flora Nursery
myDungun juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Babyfa yang mengadakan kutipan derma untuk myDungun
Posted by myDungun
Saturday, 21. June 2008, 19:15:05 Artikel asal di : http://my.opera.com/mydungun
Sementara menunggu proses pertukaran server hosting, myDungun sedang mencuba skrip terbaru daripada Future Nuke www.futurenuke.com iaitu Phpnuke Genesis atau juga dikenali sebagai Platinum.7.6.b.5(Php.Nuke.Fusion). Versi ini akan menggantikan versi lama yang dipakai oleh myDunguniaitu Platinum 7.6.b.4v2

Sekiranya ada diantara ahli myDungun atau bukan ahli ingin mencuba portal myDungun versi terkini ini anda boleh ke www.mydungun.net/v6. Namun demikian, ianya masih belum stabil kerana myDungun sedang melakukan proses “converted theme” mengubahsuai tema daripada versi yang sebelum ini digunapakai pada Platinum 7.6.b.4v2.
Sebenarnya untuk makluman, Phpnuke Genesis masih belum di”released” oleh Future Nuke. Ianya dikeluarkan sebagai versi Beta (versi percubaan)sahaja. Namun kemudiannya ianya ditarik balik oleh Future Nuke tidak lama kemudian kerana masalah “bug”. Namun begitu, myDungun telah berusaha mendapatkan Phpnuke Genesisdari sumber yang lain kemudian membaiki sedikit sebanyak “bug” yang ada. Ini menyebabkan myDungun mengambil masa yang agak lama untuk portal ini dibuka kepada umum.
Oleh itu..dapatlah dikatakan bahawa myDungun merupakan portal yang pertama di Malaysia menggunakan Phpnuke Genesis ini